PDCP/PM/H9/2009 PDCP/PM/Q20/2009 PDCP/PM/H10/2009 PDCP/PM/Q21/2009 PDCP/PM/H12/2010 PDCP/PM/Q22/2010

1.0 NO. & TAJUK TENDER                
No. Tender: PDCP/PM/H9/2009

Tajuk Tender:
CADANGAN SEKIM PERUMAHAN TERATAI IDAMAN MENGANDUNGI 70 UNIT RUMAH TERES 2 TINGKAT (22’ X 72’) DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 274, ZON 1, BANDAR CASSIA, MUKIM 13, BATU KAWAN, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

2.0 KELAYAKAN MEMASUKI TENDER    

PKK:
KELAS A, KEPALA II, SUB-KEPALA 2, KEPALA IV, SUB-KEPALA 2

DAN

BERDAFTAR DENGAN : CIDB, G7

3.0 TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK

Tarikh:
23 April 2009

Waktu:
10.00 pagi

Tempat:
Gallery PDC Properties Sdn Bhd, Jalan Batu Kawan 3, Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Tel: 04-5872 492

4.0 PEMBELIAN & HARGA TENDER

Tarikh Tender Mula dijual:
16 April 2009 - 30 April 2009

Tempat Tender dijual:
PDC Consultancy Sdn Bhd, Paras 1, Bangunan PDC, No.1  Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel: 04-6448 913
Fax: 04-6448 914

Harga Tender:
RM1,500.00 setiap tender (tidak dikembalikan) dalam bentuk tunai/ wang pos/ deraf bank atas nama PDC Consultancy Sdn Bhd

5.0 PENYERAHAN TENDER

Tarikh Penyerahan: 08 Mei 2009

Tempat Penyerahan: PDC Properties Sdn Bhd, Paras 1, Bangunan PDC, No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel: 04-6139 999

Waktu Penyerahan:
pada atau sebelum 12.00 tengahari

1. Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor yang berkelayakan serta mempunyai pengalaman menyiapkan projek perumahan, memiliki kapasiti teknikal, kewangan dan peralatan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja yang ditawarkan.

2. Semua kontraktor yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membeli dokumen tender. Dokumen tender hanya akan dijual kepada wakil yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor/wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran Asal PKK dan CIDB serta sesalinan untuk simpanan PDC Properties Sdn Bhd. Sila bawa bersama profil syarikat.

3. Hanya kontraktor yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak pada waktu yang ditetapkan sahaja  yang layak untuk menyerahkan tender.

4. Sila kemukakan maklumat-maklumat berikut semasa penyerahan tender:
   i. 3 bulan terkini penyata bank
  ii. 3 tahun terkini akaun syarikat yang diaudit
 iii. kemudahan kreadit
  iv. senarai projek terdahulu dan terkini

5. Sekiranya dokumen tender serta maklumat yang dibekalkan tidak lengkap akan menyebabkan tender tersebut tidak diproses.

6. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan pentender akan menyebabkan  tender tersebut ditolak serta merta.
 

 
© PDC Properties Sdn Bhd 2007. All Rights Reserved